Hari ni,.. Saat ni, dia kecintaanku... Lain yang aku tunggu, lain pula yang datang menyinggah dihati ini... Itulah dugaan dalam kehidupan aku saat ini.. Dia datang dengan segenggam harapan yang akan sama-sama kami sempurnakan ia 'tuk menjadi sebuah kenyataan yang indah...
Begitulah aku, aku tak mengharapkan akan menjadi yang terpenting untuk mu, tapi cukuplah keikhlasan yang kau pamerkan untuk ku tatkala kau melafazkn kata-kata sayang itu. Aku cuma mengharapkan sebuah keikhlasan lahir dari setiap tuturmu itu. Aku tidak mahu kata-katamu itu bertulangkan dusta semata-mata. Aku tidak mahu setiap bait yang terungkap mengundang lara dihatiku. Aku juga tidak mahu setiap madah mu penuh dengan helah. Hanya keikhlasan dan kejujuran yang aku harapkan dari sebuah perkenalan itu...
Terima kasih padamu yang sudi menerima aku seadanya aku. Aku bersyukur pada Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat menyayangi sesama insan. Walau perkenalan itu tidak lama, namun percayalah, ianya mampu membangkitkan sebuah rasa yang indah. Sebuah rasa yang ingin dirasai setiap insan yang masih bernafas. Rasa yang mampu membuatkan malam yang tanpa sinaran bulan, menerangi tiap kelamnya. Rasa yang mampu menukarkan duka menjadi suka.. Begitulah hebatnya tentang rasa sebuah kasih sayang.
Malam berganti siang, kelam bertukar terang, samar menjadi nyata, duka bertukar suka... Semuanya silih berganti tatkala hati ini sudah menyayangi dan disayangi. Sebuah rasa yang akhirnya terungkap jua buatmu. Sebuah rasa yang akhirnya membuatkan hidup ini lebih bererti. Sebuah rasa yang mampu membuatkan apa yang biasa menjadi luar biasa. Sebuah rasa yang hadir tanpa diduga, tak pernah terpaksa dan ianya menjadi nyata.
Sungguh hati ini menyayangi kamu.. Apabila sudah menyayangi kamu, dugaan sering menyinggah dalam kehidupan ini. Kadang kala hati ini ingin sahaja mengalah kerana aku bukan jenis yang suka menyusahkan insan-insan yang aku sayang. Aku tidak mahu kehadiran aku hanya mengganggu lewat-lewat harimu. Hmm,kasihan juga aku melihat kamu yang bersungguh menyayangi aku, tapi aku perlakukan kamu sebegini. Tapi percayalah, bukan hati ini tidak menyayangi kamu, cuma aku takut kamu hanya menganggap aku sebagai insan yang selalu menyusahkan dirimu. Maafkan aku sayang. Maafkan aku andainya kau tidak menyenangi sikap ku ini.
Mulai hari ini, saat ini.... Could you be mine??? Aku sayang sangat-sangat kat kau!!!!! Tolong la jangan dustai apa yang telah aku berikan. Jangan khianati apa yang telah aku kongsikan. Aku harap kita saling menjaga antara satu sama lain. Aku juga berharap apa yang terjalin ni akan berkekalan sampai akhir nafasku, kerana sesungguhnya hati ini hanya terpahat namamu. Sungguh aku bahagia tatkala ini. Jangan hancurkan apa yang baru terbina ini. Semoga suatu saat, kasih sayang yang sudah terbina ini akan selalu mengukir kenangan terindah buat kita...
Disetiap nafasku yang terhela, akan aku pastikan hanya namamu yang tersemat di kalbu ku......