Sabtu, 28 April 2012

Kisah Kita..........
















Saat bahagia ku hanya sekejap saja. Kenapa kebahagiaan itu tidak bisa kekal dihatiku selamanya?? Air mata kadang kala menemani malam sepiku. Aku rindu, aku rindu pada kamu yang bisa mengetuk pintu hatiku. Saat hati goyah, kau datang dengan sinar kebahagiaan. Saat itu, tidak terperi rasanya bahagia itu menyelinap diseluruh ruangan hatiku. Kau berjaya membuatkan diri ni percaya akan kecintaan terhadap sesama insan. Kau juga berjaya mengukiarkan senyuman yang telah lama lenyap dalam hidupku.....

Kau kecintaan ku kini, tapi sayang, hadirmu hanya sementara. Hadir mu hanya melenyapkan lara dihati. Belum pun sempat kau menyembuhkan segalanya, dirimu ku campakkan sejauh mungkin dari hati ini. Bodohnya aku kerana membuang kamu dari hati aku. Bodohnya aku kerana tidak menghargai kehadiranmu. Betapa bodohnya aku saat aku ingin menjauhkan diri ini dari kamu.

Aku tahu kau terluka.... Aku tahu kau kecewa dengan sikapku ini. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang goyah dengan segala dugaan. Telah kucuba pertahankan rasa ini terhadap mu, tapi ternyata ianya berat bagiku. Aku tak mampu menanggung rasa kecintaan ini terhadap mu tanpa pernah ada jawapan yang pasti.. Maafkan aku, aku tidak bisa menanggung rasa ini tanpa balasan yang serupa dari kamu. Caramu itu terlalu mengelirukan aku. Sikapmu itu terlalu membingungkan aku. Perilakumu itu terlalu mengecewakan aku.!!!!

Sudah pastinya kamu tahu rasa hati ini, tapi mengapa ini jua yang terjadi???? Aku menjauh, dan kau merelakan ia. Mengapa kau tidak menghalangi aku dari melangkah pergi?? Tegarnya hatimu membiarkan aku berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata. Saat itu, hati ini hanya mampu merintih pada angin lalu. Betapa aku tidak menyangka, setegar itu rupanya hati kamu membiarkan aku. Tangisan sentiasa setia menemani pemergian aku.. Kau jua tidak kisah akan perihal aku saar itu. Kau hanya mampu menghantar pemergian aku dengan pandangan kosong. Pandangan yang kau sendiri tidak tahu apa maknanya. Hmm, sungguh, hati ini terasa benar dengan sikapmu itu.

Tika ini, mengertilah aku akan hakikat sebenar perkenalan kita. Suatu hubungan yang kita sendiri tidak tahu arahnya. Perhubungan yang kita sendiri tidak menghalakan kemana tujunya. Aku pasrah. Walau hati ini dihiris belati sikapmu, aku redha. Aku tetap tabah seperti mana kau melihatkan aku saat hati ini pernah kecewa. Walau aku pernah dalam kerlingan manjamu, aku tidak lagi bisa menjadi ratu dihatimu. Walau aku berada dalam senyumanmu, aku tidak jua bisa menggembirakan kamu lagi..... Maafkan aku....

Segalanya kini sudah menjadi pasti.. Perkenalan kita tidak mungkin akan berpanjangan. Namun, tidak sedikit pun hati ini menyalahkan mu. Malah, aku tetap berasa bangga kerana pernah mengecap cintamu walau hanya seketika. Kisah kita begitu agung kerana, walau jarak memisah kita, kita tetap mampu mengharunginya. Walau masa mencemburui kita, namun kita tetap sama saling  mengingati.... Kau juga membuatkan aku kelihatan sempurna.. Kau kekuatan aku 'tuk segala kebaikan.....

Maafkan aku sekali lagi. Aku penyebab kita begini. Aku tidak mampu membohongi diri ini lagi bahawa aku terlalu menyayangimu. Terlalu!!!! Aku juga terlanjur menyayangimu tanpa jawapan yang pasti. Kerana inilah aku rela mengundur diri. Aku rela mengecewakan rasa ini kerana aku tidak sanggup manahan setiap kata yang berbisik dihati ini. Aku tidak mampu meluahkannya kerana aku takut akan sebuah kekecewaan... Peritnya hati ini jika sudah menyayangi tapi tidak bisa meluahkan....

Hampir setahun lamanya rasa itu ku pendamkan. Rasa takut terlalu mnguasai diri, malah melebihi rasa sayang ini. Selama setahun itu juga, aku mengajarkan diri akan erti kesetiaan. Bagiku, kejauhan itu mengajarkan aku erti kesetiaan. Ya, setahun lamanya aku setia menanti kata cintamu padaku. Namun tidak pernah kau zahirkan dengan kata-kata. Hanya sikapmu sahaja menyatakan cinta, namun bagiku, ianya belum cukup sempurna untuk memastikan segalanya.......

Aku rela undur diri demi sebuah persahatan yang pernah kau hulurkan... Semoga suatu saat dririmu tahu akan rasa yang pernah terzahir ini... Semoga saat itu berlaku tika aku bertentangan denganmu....Aku rindu kamu. Sangat-sangat!!!!!!!!!!!!!!!!

>zirconeizzat92<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan