Senyuman sentiasa terukir di bibir dikala sunyi menghimpit jiwa, kau datang menyinari hari ku yang kelam.. Begitulah aku umpamakan kehadiran mu disisi ku kini. Terima kasih pembuka bicara buatmu kerana telahpun kau berjaya menyentuh tangkai hati yang sepi... Sentuhan yang aku tidak bisa menggambarkanya.. Sentuhan yang amat teliti hingga berjaya meruntuhkan kerasnya tembok egoku....
Dan pabila aku yang berada dalam kecintaan itu, sungguh aku tak mampu menipu bahawa aku menyayangi kamu... Tapi sayang, ianya belum terluah dengan kata-kata.. Aku menyeksakan dirimu.. Kehadiran aku hanya mengganggu hubungn mu bersama kakak-kakak angkatmu itu.. Aku hanya mampu merintih disini, kerna aku tahu, hanya dengan luahan hati ini, aku bisa tenang, tak siapa tahu luahan hati aku.. Tidak pernah pun aku memberikan blog aku ni pada sesiapa pun... Biarlah, ak bukan ingin menagih simpati, aku hanya ingin meluahkan rasa kerna aku tidak bisa lagi mempercayai sesiapa... Biar saja luahan hati ni melegakan batin ku..
Terima kasih padamu kerna berjaya menbangkitkan rasa pada tangkai hati yang kian layu dimamah waktu.. Kau memberikan aku sebuah pengharapan, namun belum pun sempat ia menemui matlamatnya, kau hancurkan ia dengan sebuah perlakuan.. Lalu kau damparkan aku ditepian pantai kegelisahan... Kau tinggalkan aku keseorangan dengan pelbagai keputusan yang kau sandarkan pada aku.. Kau meletakkan segalanya dibahu aku tentang rasa itu.. Kau membiarkan aku hanyut tanpa belas.. Kau merelakan setiap yang terzahir...
Ianya terlalu memilukan hati ini.. Dahulunya tangkai ini hampir bercambah sebuah rasa, namun belum pun sempat mengembangkan kuntumnya, kelopok sudah jatuh menyembah bumi... Begitulah rasa yang pernah terzahir buatmu kau lakukan.. Pilu benar tatkala itu yang kau lakukan padaku.. Tegar benar hati mu melukakan aku.. Tapi................................ Mungkin silapku jua.. Kata-kata sayang itu hanya hanya mampu meniti di hati ku sahaja... Tidak pernah sekalipun ianya terzahir buatmu... Tak sanggup rasanya 'tuk aku meluahkan kerana aku tidak mahu melihat dirimu terpaksa memilih... Tak sanggup rasnya 'tuk aku menggugat kebahagiaan kau bersamanya sebelum ni....
Sungguh, hati ku ni bukan hati lelaki. bukan seperti hatimu..... Hati wanitaku ini juga bisa memahami apa yang dirasakan oleh kakak angkatmu itu... Berdasarkan apa yang telah kau ceritakan padaku, aku kenal benar perwatakan yang dibawakan 'tuk mu... Aku kenal benar akan rasa hatinya terhadapmu.. Dia juga menyayangi kamu seperti aku,sayang..... Hatinya menyayangi kamu seperti aku.... Tidak mungkin seorang akak angkat bisa mencemburui dirimu jika kamu berkasih dengan orang lain...
Kerana rasa yang aku tahu tentang itu, aku rela mengundurkan diri, walau aku tahu amat perit 'tuk membuangkan rasa yang pernah terlahir... Bukan ku pinta sebegini, tapi mengertilah bahawa aku jua seorang wanita. Aku juga punya rasa sepertinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan