Selasa, 15 Mei 2012

Akhirnyerrrrrrrr.....

Hari ni,.. Saat ni, dia kecintaanku... Lain yang aku tunggu, lain pula yang datang menyinggah dihati ini... Itulah dugaan dalam kehidupan aku saat ini.. Dia datang dengan segenggam harapan yang akan sama-sama kami sempurnakan ia 'tuk menjadi sebuah kenyataan yang indah...





Begitulah aku, aku tak mengharapkan akan menjadi yang terpenting untuk mu, tapi cukuplah keikhlasan yang kau pamerkan untuk ku tatkala kau melafazkn kata-kata sayang itu. Aku cuma mengharapkan sebuah keikhlasan lahir dari setiap tuturmu itu. Aku tidak mahu kata-katamu itu bertulangkan dusta semata-mata. Aku tidak mahu setiap bait yang terungkap mengundang lara dihatiku. Aku juga tidak mahu setiap madah mu penuh dengan helah. Hanya keikhlasan dan kejujuran yang aku harapkan dari sebuah perkenalan itu...

Terima kasih padamu yang sudi menerima aku seadanya aku. Aku bersyukur pada Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat menyayangi sesama insan. Walau perkenalan itu tidak lama, namun percayalah, ianya mampu membangkitkan sebuah rasa yang indah. Sebuah rasa yang ingin dirasai setiap insan yang masih bernafas. Rasa yang mampu membuatkan malam yang tanpa sinaran bulan, menerangi tiap kelamnya. Rasa yang mampu menukarkan duka menjadi suka.. Begitulah hebatnya tentang rasa sebuah kasih sayang.

Malam berganti siang, kelam bertukar terang, samar menjadi nyata, duka bertukar suka... Semuanya silih berganti tatkala hati ini sudah menyayangi dan disayangi. Sebuah rasa yang akhirnya terungkap jua buatmu. Sebuah rasa yang akhirnya membuatkan hidup ini lebih bererti. Sebuah rasa yang mampu membuatkan apa yang biasa menjadi luar biasa. Sebuah rasa yang hadir tanpa diduga, tak pernah terpaksa dan ianya menjadi nyata.

Sungguh hati ini menyayangi kamu.. Apabila sudah menyayangi kamu, dugaan sering menyinggah dalam kehidupan ini. Kadang kala hati ini ingin sahaja mengalah kerana aku bukan jenis yang suka menyusahkan insan-insan yang aku sayang. Aku tidak mahu kehadiran aku hanya mengganggu lewat-lewat harimu. Hmm,kasihan juga aku melihat kamu yang bersungguh menyayangi aku, tapi aku perlakukan kamu sebegini. Tapi percayalah, bukan hati ini tidak menyayangi kamu, cuma aku takut kamu hanya menganggap aku sebagai insan yang selalu menyusahkan dirimu. Maafkan aku sayang. Maafkan aku andainya kau tidak menyenangi sikap ku ini.








Mulai hari ini, saat ini.... Could you be mine??? Aku sayang sangat-sangat kat kau!!!!! Tolong la jangan dustai apa yang telah aku berikan. Jangan khianati apa yang telah aku kongsikan. Aku harap kita saling menjaga antara satu sama lain. Aku juga berharap apa yang terjalin ni akan berkekalan sampai akhir nafasku, kerana sesungguhnya hati ini hanya terpahat namamu. Sungguh aku bahagia tatkala ini. Jangan hancurkan apa yang baru terbina ini. Semoga suatu saat, kasih sayang yang sudah terbina ini akan selalu mengukir kenangan terindah buat kita...

Disetiap nafasku yang terhela, akan aku pastikan hanya namamu yang tersemat di kalbu ku......

Selasa, 8 Mei 2012

Pabila Hatiku Kau Curi........

Senyuman sentiasa terukir di bibir dikala sunyi menghimpit jiwa, kau datang menyinari hari ku yang kelam.. Begitulah aku umpamakan kehadiran mu disisi ku kini. Terima kasih pembuka bicara buatmu kerana telahpun kau berjaya menyentuh tangkai hati yang sepi... Sentuhan yang aku tidak bisa menggambarkanya.. Sentuhan yang amat teliti hingga berjaya meruntuhkan kerasnya tembok egoku....



Dan pabila aku yang berada dalam kecintaan itu, sungguh aku tak mampu menipu bahawa aku menyayangi kamu... Tapi sayang, ianya belum terluah dengan kata-kata.. Aku menyeksakan dirimu.. Kehadiran aku hanya mengganggu hubungn mu bersama kakak-kakak angkatmu itu.. Aku hanya mampu merintih disini, kerna aku tahu, hanya dengan luahan hati ini, aku bisa tenang, tak siapa tahu luahan hati aku.. Tidak pernah pun aku memberikan blog aku ni pada sesiapa pun... Biarlah, ak bukan ingin menagih simpati, aku hanya ingin meluahkan rasa kerna aku tidak bisa lagi mempercayai sesiapa... Biar saja luahan hati ni melegakan batin ku.. 

Terima kasih padamu kerna berjaya menbangkitkan rasa pada tangkai hati yang kian layu dimamah waktu.. Kau memberikan aku sebuah pengharapan, namun belum pun sempat ia menemui matlamatnya, kau hancurkan ia dengan sebuah perlakuan.. Lalu kau damparkan aku ditepian pantai kegelisahan... Kau tinggalkan aku keseorangan dengan pelbagai keputusan yang kau sandarkan pada aku.. Kau meletakkan segalanya dibahu aku tentang rasa itu.. Kau membiarkan aku hanyut tanpa belas.. Kau merelakan setiap yang terzahir...




Ianya terlalu memilukan hati ini.. Dahulunya tangkai ini hampir bercambah sebuah rasa, namun belum pun sempat mengembangkan kuntumnya, kelopok sudah jatuh menyembah bumi... Begitulah rasa yang pernah terzahir buatmu kau lakukan.. Pilu benar tatkala itu yang kau lakukan padaku.. Tegar benar hati mu melukakan aku.. Tapi................................ Mungkin silapku jua.. Kata-kata sayang itu hanya hanya mampu meniti di hati ku sahaja... Tidak pernah sekalipun ianya terzahir buatmu... Tak sanggup rasanya 'tuk aku meluahkan kerana aku tidak mahu melihat dirimu terpaksa memilih... Tak sanggup rasnya 'tuk aku menggugat kebahagiaan kau bersamanya sebelum ni....

Sungguh, hati ku ni bukan hati lelaki. bukan seperti hatimu..... Hati wanitaku ini juga bisa memahami apa yang dirasakan oleh kakak angkatmu itu... Berdasarkan apa yang telah kau ceritakan padaku, aku kenal benar perwatakan yang dibawakan 'tuk mu... Aku kenal benar akan rasa hatinya terhadapmu.. Dia juga menyayangi kamu seperti aku,sayang..... Hatinya menyayangi kamu seperti aku.... Tidak mungkin seorang akak angkat bisa mencemburui dirimu jika kamu berkasih dengan orang lain...

Kerana rasa yang aku tahu tentang itu, aku rela mengundurkan diri, walau aku tahu amat perit 'tuk membuangkan rasa yang pernah terlahir... Bukan ku pinta sebegini, tapi mengertilah bahawa aku jua seorang wanita. Aku juga punya rasa sepertinya.



Sabtu, 5 Mei 2012

Tentang RasA,......


Hari ni,.. Hidup aku rasa celaru je,.... Kenapa??? Tah la,.. Banyak masalah mungkin... Padahal bukannya aku ni Perdana Menteri pun nk pikir segala hal,.... Hahahaha, entah la.. Segalanya tentang rasa. Rasa yang bisa dirasai setiap insan yang bernyawa, setiap makhluk yang punyai hati. Seulas ungkapan mampu membuatkan hati ni tersenyum sentiasa. Sebuah pengucapan mampu membuatkan hati ni tidak keruan. Begitulah hebatnya sebaris kata-kata......

I LOVE YOU.......
Sungguh hebat kuasa cinta yang dirasai tatkala hati ini dirundung kepiluan,...
I MISS YOU.........
Ianya juga mampu membuatkan hati yang gelisah kian parah,......

Walau hanya sebaris yang terungkap, hati yang lara terubat jua... Kerana pengucapan itu jua, kita alpa, kita lalai akan hakikat sebenar kehidupan.. Pengucapan yang tidak ikhlas selalu sahaja meniti dibibir mu. Tidakkah kau tahubahawa pengucapan mu yang sedemikian rupa mampu membangkitkan rasa terhadap dirimu. Walau kau tidak pernah ikhlas menyatakannya, tapi hati ni sentiasa merasakan ianya jujur.. Itu semua kerana hati aku bisa-bisanya mudah terleka dengan kata-kata puitis itu.

Bodohkan aku, mudah benar terlena dengan madah berhelah mu itu. Mungkin kerana hati ni suda lama mati akan perasaan itu, sebab itulah aku mudah jua menyayangi mu... Hmmm, apa salah ku??? Apa dosa ku padamu??? Mengapa telah kau ungkapkan sebegitu, kau hilang dari pandanganku?? kau seksa batinku,.... Kau seksa jiwa ku. Tegarnya hati mu??? Tahukah kau betapa perit 'tuk aku merawat luka ini.. Tahukah kau betapa azabnya aku menanggung semua ni... Tidakkah kau sedar akan sikapmu itu yang bisanya meragut rasa ini????

Mengertilah awak, sungguhpun rasa itu belum terluah, meskipun rasa itu masih tersimpan rapi, janganlah kau mengujinya dengan penyiksaan yang tak bisa aku tanggung... Berat rasanya beban itu 'tuk aku menahannya... 7 hari, masa 'tuk kau mengenali aku... Tapi sepertinya aku sahaja yang terhegeh-hegeh dengan mu.. Kau tidak jua memanfaatkan hari itu 'tuk mengenali siapa aku, sebaliknya kau menguji kesabaran aku... Maaflah, tapi aku hanya insan biasa, yang lemah dengan bermacam dugaan.. Aku tidak bisa utuh jika ujian sebegitu yang kau lontarkan untuk ku.......